Siti Haslina's FotoPage

By: Siti Haslina Hasbullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 21-Jul-2009 14:47 Email | Share | | Bookmark
Internet Dalam Rumah

 
 
 
View all 5 photos...
barulah dapat berinternet dari rumah. pakai celcom sebab no choice...

gambar anak-anak kat ladang tenusu.. depa minat sangat...


Thursday, 24-Jan-2008 20:42 Email | Share | | Bookmark
3COM BootCamp di Port Dickson

 
 
 
View all 15 photos...

Ayah dapat invitation bootcamp kat Port Dickson. Muhammad dan Sufi serta Ibu dapat turut serta utk menemani ayah.

Sekarang ni ayah ada upload gambar-gambar lain dengan menggunakan Picasa2. Boleh la kalau nak melawat ke http://picasaweb.google.com/nadahahs


Sunday, 17-Jun-2007 02:47 Email | Share | | Bookmark
muhammad kena sakit mata

 
 
 
2 hari lps kena sakit mata n now o.k sikit...berjangkit plak kat ibu n ayahnya...
nasib baik dia x bebai sgt kat orang kedah...

Now ayahnya dah habis study adalah masa untuk dia..bukan main lagi sikit2 panggil ayah pantang nampak ayahnya berjalan mesti nak ikut....


Tuesday, 27-Mar-2007 03:12 Email | Share | | Bookmark
Dua Bulan Muhammad kat Kedah

 
 
 
View all 11 photos...


Sabtu lepas Muhammad pulang ke Kelantan setelah dua bulan berada di Kedah. Ayahnya macam biasala ada kat Shah Alam menghabiskan sisa-sisa pengajian di sana. Ibu sentiasa menemankan Muhammad tak kira di Kedah ataupun di Kelantan.

Sekarang Muhammad sudahpun hampir menjangkau usia setahun pertama. Dalam umur 11 bulan ini Muhammad dah tumbuh enam batang gigi yang sentiasa mencari peluang menggigit tangan ibu. Nasi atau bubur nasi belum lagi dimamahnya, hanya biskut tiger yang digemarinya. Berjalan masih belum lagi pandai, tapi kalau bab-bab 'meragas' cukup cepat. Habis semua benda nak dipanjatnya.



Sunday, 12-Nov-2006 00:47 Email | Share | | Bookmark
Berbaju Raya

 
 
 

Main air liur, suka gigit tangan org yang pegang, suka tarik rambut orang, suka guling-guling atas tilam sblm tidur adalah aktiviti rutin Muhammad masa kini. Kalau orang sibuk duk bersembang dia pun ikut sama dalam bahasa yang dia saja faham. Sekarang baru duk belajar-belajar sembang dengan ayah melalui telefon bimbit. Nak pegang sendiri, tak nak ibunye yang tolong pegang. Dah semakin galak bila orang agah dia. Kadang-kadang agah melalui telefon pun buat dia tersenyum.

Umur 6 bulan ni, Muhammad perlu berlatih sebut perkataan wajib, Ayah, Ibu, Muhammad. Dia juga sedang berusaha mengangkat tubuh untuk duduk merangkak. guling-guling dah terer lama dah. habis satu tilam tu dia jer yang punya. Gigi belum kelihatan tapi bukan main suka gigit benda benda. Makan pun belum, masih menyusu.

Gambar kat atas tu, waktu dekat-dekat nak raya. Test baju raya yang ibu belikan. Besar sangat, ibu pun tukarkan yang kecil sikit. tapi kaler merah dah hijau untuk pakai raya yang lepas.

Lepas raya, kesian Muhammad kena demam teruk. Check dekat spital, Muhammad kena Asma. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati Ibu bila tau anakku kena Asma. Sebelum ni Muhammad sihat wal afiat. Mungkin sebab balik Kedah hari tu, air-cond bas terlampau sejuk. Dulu balik Kedah sekali tak laa sejuk macam nih. Sampaikan kena tambah dengan selimut Ayahnyer utk balut tubuh Muhammad.


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net