Want your
own Fotopage?






 
Siti Haslina's FotoPage

By: Siti Haslina Hasbullah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Nov-2006 00:47 Email | Share | Bookmark
Berbaju Raya

 
 
 

Main air liur, suka gigit tangan org yang pegang, suka tarik rambut orang, suka guling-guling atas tilam sblm tidur adalah aktiviti rutin Muhammad masa kini. Kalau orang sibuk duk bersembang dia pun ikut sama dalam bahasa yang dia saja faham. Sekarang baru duk belajar-belajar sembang dengan ayah melalui telefon bimbit. Nak pegang sendiri, tak nak ibunye yang tolong pegang. Dah semakin galak bila orang agah dia. Kadang-kadang agah melalui telefon pun buat dia tersenyum.

Umur 6 bulan ni, Muhammad perlu berlatih sebut perkataan wajib, Ayah, Ibu, Muhammad. Dia juga sedang berusaha mengangkat tubuh untuk duduk merangkak. guling-guling dah terer lama dah. habis satu tilam tu dia jer yang punya. Gigi belum kelihatan tapi bukan main suka gigit benda benda. Makan pun belum, masih menyusu.

Gambar kat atas tu, waktu dekat-dekat nak raya. Test baju raya yang ibu belikan. Besar sangat, ibu pun tukarkan yang kecil sikit. tapi kaler merah dah hijau untuk pakai raya yang lepas.

Lepas raya, kesian Muhammad kena demam teruk. Check dekat spital, Muhammad kena Asma. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati Ibu bila tau anakku kena Asma. Sebelum ni Muhammad sihat wal afiat. Mungkin sebab balik Kedah hari tu, air-cond bas terlampau sejuk. Dulu balik Kedah sekali tak laa sejuk macam nih. Sampaikan kena tambah dengan selimut Ayahnyer utk balut tubuh Muhammad.

kesian nya baby x sihat. semoga cepat sembuh ya Muhammad.

my baby pun demam teruk masa raya puasa aritu. 1st time dia demam mcm tu punya teruk. xsampai hati tgk. pastu selsema dia dekat sebulan x kebah2 gak. 3 klinik 1 hospital saya bawak jumpa dr. nasib baik lepas klinik yg last tu dia sihat semula. badan pun susut skit.
Fri 29-Dec-2006 09:48
Posted by:mbek hairul@onestop.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.